Boleh ke seorang Muslim bercita-cita nak jadi kaya dan jutawan sedangkan kita selalu diminta supaya bersederhana?

“Dalam konteks kekayaaan, tidak ada batasan.

Seorang Muslim sepatutnya ada kecukupan supaya tidak menjadi bebanan kepada orang lain. Kalau sekadar cukup sahaja, bagaimana nak bantu orang lain pula? Zakat akan rebah kalau kita hanya ingin bersederhana dalam kekayaan. Ini tidak logik.

Kita diminta besederhana dalam perangai dan watak. Biar kaya raya, tapi besederhana dalam segala perlakuan.”

Ini jawapan saya.

Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar

By admin